Skip to content

Koyakkan awan, suap dengan tangan.

2008 June 26
by Firdauz takes 5

Aku tenung langit, suram.

“Nak hujan kot,” kata hati aku. Lantaklah, gelap sangat, aku rindu warna biru.

Jadi aku lajukan tangan, koyak-koyakan awan berkepul-kepul warna hitam itu. Tersembul matahari, mencurah-curah warna jingga atas badan aku. Panas. Melecur kulit, terbakar semua yang pahit. Menyala semua yang perit. Terang benderang tanah warna merah ini.

Tanah merah bawah kaki kiri dan kanan.

Bumi untuk penulis yang telah mati.

Untuk si penulis yang mati di hempap berat besi ke dada. Sarat dengan geram. Melarat dengan dendam. Memang dah mati. Takde jiwa dalam hati. “Penulis ape engkau ni?” aku ludah-ludahkan lagi. Aku tonjol batu petanda yang ade nama, yang bergaris tarikh matinya.

Firdauz. 2008-2008. Mati semalam. Lahir pagi tadi.

2 Responses leave one →
  1. June 26, 2008

    selamat lahir kembali.

  2. June 26, 2008

    rindu tak?

    =p

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS