Skip to content

Putar sampai berbuih-buih.

2008 August 18
by Firdauz takes 5

Ade sejenis fabrik ini, orang panggil throw.

Gunanya bukan untuk dibaling, dibelasah atau di lontar sampai ke Baling Kedah. Bukan juga digunakan sebagai kain lap tumpahan minuman tenaga tambahan kacip fatimah. Juga bukan tuala nipis yang menyerap 2x lebih efisyen kesan darah.

“Siti Aminah, sudah sembayang ka belum?”

“Darah belum kering lagi abah!”

Jadi, jika perlu kau belasah, anggapkan sahaja throw ini sehelai selimut di bahu sofa, sudahlah.

Setiap akhirnya minggu, tanpa tunggu datangnya musim bunga, aku beserta vacuum biru dan mop putih salju akan spring clean unit rumah kami yang letaknya 17 tingkat dari tanah bumi. Tiga ratus, empat puluh belas juta billion tingkat lagi boleh cecah matahari, rasa aku. Rasa kamu, setelah hampir 4 bulan housemate aku lari dan ditingalkannya aku bersendiri, tak bosan ke aku? Berseorangan tiada rakan serumah.

Hujung minggu, spring clean basuh cadar. Setiap 2 hari, vacuum ala kadar. Setiap 2-3 bulan bila mak aku datang melawat, dia buat hati aku jadi tawar.

“Umie rasa rumah adik ni bersih sangat la. Tak elok tau. Nanti senang dapat penyakit.”

Mak aku lupa aku di universiti 4 tahun belajar Biologi, tahun pertama dah ambik paper Microbiologyone of my favourite subjects. In fact, sebenarnya semua subjects di universiti adalah kegemaran aku kecuali Pengenalan Kepada Kalkulus yang aku failed entah berapa million kali ganda punca kuasa infiniti nya.

Ha, pelajar biologi yang bodoh matematiknya ini actually tahu mikroorganisma boleh adapt persekitaran baru.

Maka tak penah pula aku dettol satu rumah sampai bau macam hospital. Tak penah pula aku kukus seluar dalam atas nama sterilization. Tak pula aku mandi berkolamkan clorox, cuci dosa putihkan warna.

Iya makcik, saya pembersih yang macam celaka, tapi bukan a total freak. Saya cintakan minimal flaws dan imperfections, biar harmoni kehidupan saya lebih organik.

Tapi tak berapa nak organik sangat kalau aku berbalik bercerita tentang throw tadi, cerita asal yang aku pesongkan atas nama kesesatan jahiliah. Biarlah aku sesat sedikit, tak mengapa kan?

Sesat aku rupanya tidak sedikit, lebih ghairah dan mendebarkan.

Aku tak tahu baca label care and content pada fabrik. Aku masukkan throw kesayangan tadi kedalam washing machine, putar sampai berbuih-buih, ketawa sampai jernih air mata mengalir melihat throw kesayangan tadi cair bila bersetubuh dengan air. Cair bila bersetubuh, hmmm. Sehelai fabrik tadi kini terbelah 2 per 5, 60% masih rupawan, 40% telah menjadi sisa debu basuhan.

Padahal aku lemah matematik, tetapi andian 40% ini hampir tepat kerana pengiraan peratusan sudah sebati dalam diri. Boleh dikatakan semua angaran statistik aku adalah tepat.

Contohnya, 99% daripada kamu, mahu menampar aku di muka bukan?

=(

Throw kesayangan dan label yang tidak mampu di baca.
Ada icon segitiga dan dilarang parking?

Debu basuhan ini sangat lembut, macam kapas (memang kapas mungkin?).
Dalam gambar ini hanya separuh, separuh lagi dah vacuumed.

One Response leave one →
  1. October 9, 2008

    Security blanket macam Charlie Brown.

    Kawaii!!!

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS