Skip to content

Tekanan Retro.

2008 August 24
by Firdauz takes 5

Tak lama dulu, lebih kurang setahun lalu, salah seorang rakan cina aku yang ramainya beribu-ribu tu (kebetulan sahaja, faktor persekitaran dan perkogsian pemikiran yang mutual, aku sebenarnya tak pernah pilih bulu, bukan aku tak suka berkawan melayu ye) guna perkataan “tekan” untuk gantikan “picit” (atau perah).

“Abang, teh-o ais limau satu. Teh-o, letak ais atas, tekan limau kuat-kuat.”

Aku ketawakan sahaja.

Aku kawan sejati, aku ketawa depan-depan, kuat-kuat, bukak mulut besar-besar. Biar terguris, dititik dalam hirisan yang paling halus, barcalarlah hati.

…..
….
..

Cerita mendarat disini. Diralatkan ke angkasa lain kali sahaja.

..
..

Ada benda dalam penjara kepala yang menolak plot kebelakang.

Ayunan yang agak retrograde.

Ada benda yang aku simpan dah lama sangat belakang barisan besi ini.

Agak retro. Sangat rhetorical kalau ditulis. Boleh dikenakan akta hasutan.

Terpenjara lagi.

Pada aku, menipu biar besar-besaran, kecil-kecilan memalukan sahaja.

Kalau aku punya tulisan, biar semua cerita komedi aku mati diikat dengan simpulan yang paling tragik sekali. Kalau aku punya kesedihan, biarlah dibagkan ia warna ceria biru muda. Padamkan kesan hitam tanah bumi pada telapak tangan, bedakkan kesan tampar pada muka, jahitkan baju yang terkoyak rabak dan senyapkan tangisan yang berteriak melaung “maaf, maaf, maaf, maaf, sayang.”

Lupakan berat dada, sorokkan sahaja ringan air mata kamu itu.

Aku mahu kamu senyum.

Untuk aku.

=)

Kita senyum sama-sama mmkay.

Aku suka kucing. Kamu?

Aku suka memasak untuk rakan, mimum petang menonton filem bersama kenalan. Aku suka kamu. Aku suka sepatu tinggi tu, cantik. Beli kat mana?

Tengok handbag, hahahaha kenapa IC kamu muka camtu ye? Nak tengok IC aku tak, masa ni rambut tak keriniting lagi, burrukkan!

Kamu, maafkan tekanan retro aku ini ye.

Tau!

Senyum. Untuk aku.

2 Responses leave one →
  1. dila permalink
    August 25, 2008

    weh kenapa sedih-sedih?

    nak tgk IC

    =p

  2. August 25, 2008

    pura pura sedih je.

    Tak boleh tgk IC!

    bukan muhrim, nanti batal air semayang

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS