Skip to content

Entri Ramadhan yang bimbo dan random.

2008 September 3
by Firdauz takes 5
Entri ini ada menyentuh pilihan agama yang mungkin berlainan. Tidak sesuai di baca oleh mereka yang perlu berpuasa.

Doktor kata aku tidak boleh berpuasa. Sakit Perut. Gastrik. Maka aku tidak percaya bohongan doktor tersebut. Doktor kapir ni.

“Betul ke saya tak leh puasa, doc?”

“Betul, sumpah. Wallahi!”

Aku kuatkan zahir, angkat weight. Aku teguhkan iman, baca bismillah sebelum sarapan. Selawat sebelum tidur. 4 Qul dihembus ke bantal.

Qul hu allahuahad, tuhan yang pernah dulu aku tauhidkan. Qul au’ zubirabbinas, tuhan segala jin dan manusia. Qul au’ zubirabilfalak, bukan gossip shazzy falak tapi ini cerita tuhan yang mencipta subuh, yang melindungi kamu dari sihir. Qulyaaiyuhal kafirun, cerita berkenaan aku yang menidakkan agama.

Untuk kamu agamamu, untuk aku agamaku.

Katakanlah, wahai saudara, walau aku tak pasti berapa pahalanya, tapi sepenuh malam aku berpuasa. Bermimpi syurga Firdauz. Bila aku bangun, aku sedar, “Syurga tiada makna untuk aku, hanya nama dan cerita di kitab suci sahaja. Jannatul Firdauz.”

Kalau ikut kalendar yang dikira dari mulanya tahun Muhajirin bergerak ke Madinah dari kota Mekah, dan Muhajirin dibantu oleh Ansar yang terdiri dari Banu Aws dan Banu Khazraj semasa perang Badar 2 tahun selepas itu, maka semalam, genap lah umur aku 29.

29 tahun Hijrah. 28 tahun Gregorian.

2 Ramadhan 1429. Aku lahir 2 Ramadhan 1400 yang lalu. Di bulan mulia, lahir seorang bayi tanpa syaitan disisi dan membersar menjadi ….

Happy Birthday!

Kalendar lunar menjadikan aku tua lebih 1 tahun dari kalender yang diperkenalkan Pope Gregory ke XIII. Maka tak kisah lah tua atau muda. Yang aku tahu, dalam ukuran siapa pun, utusan tuhan mahupun bukan, waktu sentiasa ditembak laju kehadapan. Waktu tidak berhenti dan menyapu krim muka supaya kamu kekal muda.

Tapi kamu boleh guna botox, lawan penuaan. Atau baca entri haram jadah yang menyesatkan kamu ini, sambil melayangkan angan-angan menampar muka aku atau berbuka puasa bersama-sama.

Tak kisah la, aku bimbo yang random. Dan bimbo, kena kuat makan.

Dan bimbo, tak boleh puasa.

Bimbo kena kawaii, kena post gambar-gambar seksi, kena buat simbol 1,2,3,4,5 guna telapak tangan kiri atau kanan dan tunjuk nenen kalau ade. Mulut niiiiiiii! Cili karang.

Maaf ye, aku kena keep it right and tight. Walaupun gemok dan semakin tembam yang macam celaka lagi.

Aku sudahkan dengan gambar separa lucah dalam nada Wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum, warramatullahi, wa barakatuh.

Amin, jemput la makan.

8 Responses leave one →
  1. real_cranium permalink
    September 3, 2008

    parah ko ni bro.haha.

    awesome post!

  2. September 4, 2008

    oo itu maksudnye 4 qul tersebut eh

    p/s:tak reply sbb tak ada kredit.ampun.

  3. September 5, 2008

    hurhurhurhur your photos so lala got 1 2 3 4 5 one

  4. September 5, 2008

    real_cranium : hehe. ey, u can read malay meh? because i’ve never heard u spoke a single malay word before =P

    dila : tak boleh dimaafkan! so bila nak buka makan laksa sekali.

    michelle : yeah loh yeah loh. i always like pretending to be lala one. kawaii!!!! ^_^

  5. September 5, 2008

    haha, memang kawaii lah… the 3rd picture is cute! wuahahaha…

  6. September 5, 2008

    bimbo aperlah. comel kut post ni. =3

    12345

    PEACE! ;p

  7. real_cranium permalink
    September 7, 2008

    “because i’ve never heard u spoke a single malay word before”

    of course lah.we nvr act converse.heh

    n ofkos i can read malay.kita kan org malaysia?

    =))

  8. admin permalink*
    September 11, 2008

    Serena : Tak cute pun! macam pondan! hahahah =p

    Ginny :cute leh? peace!

    real_cranium : hihihi

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS