Skip to content

xoxo love, Firdy.

2008 September 24
by Firdauz takes 5

“Saya ada 5 tangan, 13 kaki, 1 kepala dan takda ekor. Siapa saya?” tahun lalu, aku bertanya kepada kononnya, bakal girlfriend merangkap calon isteri.

“You lah,” dia ketawa menutup mulut.

“Bukan la, i ada 2 tangan je,”

“Tak tahu,”

“Saya adalah penipu.”

Macam kenduri kahwinnya anak sulung orang kaya baru, dia gelak besar-besaran. Sebab besar sangat gelak dia, aku sumbatkan harapan ke dalam mulut tu. Dia tak sedar, aku pun tak sedar. Harapan aku murah, cheesy dan corny.

Aku nak jatuh cinta, boleh ke? (sila muntah)

Nama dia Izza, orang nya cantik sangat-sangat. Berdarah campuran Arab dan Pakistan. Kami berkawan mungkin 3-4 bulan sebelum dia pangkah aku kaw-kaw. Ibu aku dan ibu tiri dia yang kenalkan kami berdua. Jumpa kami semasa blind date.

“I bawak kawan tau, nama dia Nabil. Dia hensem, bapak dia Arab. Nanti kalau you tengok yang muka cam haram tu, yang tu saya, kthnxbye,” dari mula lagi, aku memang agak skeptikal (pasal mak aku cakap dia cun) dan reluctant (pasal aku stereotype dia gadis cun yang arrogant) nak jumpa Izza. Aku ajak Nabil sebab muka dia boleh blah, muka aku macam rumah kos rendah yang pecah pecah. Kot.

Jadi aku bawa Nabil, Izza bawa adik perempuan dia. Di pendekkan cerita, Izza cool walaupun aku lagi cool, surprisingly dia tak sombong, tak selfish, easy going, warm, friendly dan sejak makan malam itu, kami mula berkawan.

Sekarang, di panjangkan cerita.

Sebelum tahun 2007. Setiap kali jumpa saudara mara, makcik-makcik aku yang kadang-kadang aku sendiri pun tak kenal, mereka suka bercakap begini dengan aku;

“Eh eh Tomen (ini nama panggilan ibu aku, maksudnya, tomel/comel), dah besar anak kau ya. Handsome, dah ade girlfriend?”

Mana-mana makcik pun yang aku jumpa, akan guna perkataan handsome untuk menerangkan maksud “You turned out fine, you look good.” Bukan good looking, look good.

Jadi di sebabkan status single aku yang dah masuk tahun ke berapa entah, aku memang tak kisah bersosial dan berkenal-kenal. Walau selalunya, aku yang menggatal-gatal.

Kalau beraya di rumah saudara, aku akan ke dapur menolong. Tapi tak ikhlas pun. Aku saja nak kacau kacau semua orang kat dapur tu. Sebab ape tahu? Sebab kat ruang tamu ada tetamu yang hot hot! Yang mungkin saudara dan mungkin tidak, aku pun tak kenal sangat dorang tu. Dan bila aku ke dapur, dorang akan curi-curi tengok aku.

Jadi aku suka kena tengok curi-curi. Dan aku suka mencuri-curi tengok.

Aku kan murah, cheesy dan corny. Cliche nak mati lah semua taktik buruk aku.

Sekarang, berbalik kepada Izza.

Sejak Izza pangkah aku kaw kaw dan sebelum itu aku di pangkah lagi kaw kaw oleh entah berapa gadis yang aku tackle tak dapat-dapat, aku sedar satu perkara; hati aku semakin membesar, makin banyak perasaan yang perasan yang perlu aku kongsi dengan dunia, mungkin masanya belum sesuai untuk aku bercouple. Kot.

Jadi selepas Izza, aku lupakan perihal untuk bercouple. Walaupun masih keluar date dan bermesra, aku dah berhenti tackle gadis single, aku dah macam mellow, more mature, more friendly, more caring. Bukan lost hope, bukan malas, bukan tak laku (penipu la kalau aku cakap takda yang meluah perasaan dorang kat aku, atau aku kepada dorang, adalah satu dua special kes, tapi takkan nak commit kalau takde chemistry kan?), cuma aku nampak cantiknya nilai keikhlasan.

Dan bodohnya menjadi desperate.

Aku tak tahu aku bayar dengan apa, mungkin, aku masih berhutang, tapi lately, ramai kawan-kawan, yang baru dan lama, yang pernah jumpa dan tak pernah jumpa, yang hilang dah lama yang baru menampakkan muka, menulis aku email, menelefon dan sms aku, yang msg aku di msn/ym/gtalk, yang keluar dan lepak sekali.

Dan berkongsi hati dan bertanya soalan; How are you? You okay tak? How are things between you and your family? Wanna talk about it?

Aku mungkin penipu. Aku mungkin takda 5 tangan, 13 kaki, 1 kepala dan takda ekor. Tapi aku rasa, aku ada 100 ribu belas cinta untuk ditabur tinggi-tinggi kat atas korang semua. (muntah lagi)

Mungkin cinta aku sedikit basi, sedikit murah dan tinggi kandungan lemaknya. (muntah lebih sedikit)

Sekarang, peluk aku dan cakap “I love you” cepat! (Oh, berhenti muntah. Peluk sahaja dan cium di pipi)

12 Responses leave one →
  1. September 24, 2008

    Grrrr….

    XOXO

    Kish Kish..

  2. September 24, 2008

    awwww firdy i love you <3

  3. real_cranium permalink
    September 24, 2008

    oh.entri agk romantis dr loopsinner. =B

    “Jadi aku suka kena tengok curi-curi. Dan aku suka mencuri-curi tengok.”

    although its kinda embarrassing, i admit gue pon mcm tu kdg².kdg² oke.

    spr haha.

  4. September 24, 2008

    =3

    me wuv u firdy.

    muah muah

  5. September 26, 2008

    Jannah : jumpa kamu raya nanti.

    Michelle : no u don’t. u damn action one. don’t like u anymore. go away

    real_cranium : tak romantis pun. cam celaka je =p

    Ginny : tenkiu =) muah to u too.

  6. September 26, 2008

    YES I DO. Hmph hate you T__T

  7. September 26, 2008

    ok la, ok la. love u too. *hugs and cheek kissing you*

  8. September 27, 2008

    Herr Firdauz,ich liebe dich!
    =P
    =3
    hehe

  9. September 27, 2008

    firrrrrrrdauzzzzzz!

  10. September 27, 2008

    bro, ko ni gile la, tapi nasib baik ko best. sebab tu aku layan gak ko. klu tak, aku tak bace la blog ko..

  11. September 28, 2008

    owh-nigiri : sure or not? can get a kiss ah?

    wanie : waaaaaaannniiiiieeeeeeeee!

    Mr. O : gila tu betul. best tu salah. tak best pun! cam celaka je.

  12. September 30, 2008

    sure~
    nah
    MUAXXX
    -virtual kiss pun cukup la yek~ hehe =3

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS