Skip to content

Sep sep sep, mi mi mi?

2008 November 11
by Firdauz takes 5

“Ola, Oli, ku beri nama, saudara, saudari. Chi ke boom! Chi ke boom!” sambil mengangkat bahu.

“Chi ke boom! Chi ke boom!” mengulang kali kedua, merasa sedikit bahagia.

“Chi ke boom! Chi ke boom!” mengulang kali ketiga, aku dah macam masuk syurga.

“Malam-malam minggu, siang-siang hari (disco! disco!). Putih-putih melati (Ali Baba), merah-merah jelita (meow meow), siapa yang baik hati (Cinderella),” dan semua akan bersedia untuk menjadi patung. Tak boleh ketawa, walaupun itu lah yang terasa nak buat.

Kena tahan gelak. Tutup mulut, tak boleh nampak gigi tau.

“Tau tau tau tau tau tau tau!” konon-konon tangan aku tu pistol la, aku tembak-tembak perut kawan. Dia pun akan melengkokkan badan, merendahkan kepala ke sebelah bahu, yang sebelah lagi akan terdedah, dan kemudiannya akan ku serang.

“Geletek, geletek, geletek!” kalau di lihat mata kasar, akan nampak seperti aku tengah mencekik anak orang. Kalau dilihat mata halus, akan nampak seperti aku seekor anak beruang yang jinak, dulu kan aku gemuk sikit, sekarang kan aku dah gemuk banyak.

Mata apa pun orang tengok, anak beruang ke elephant ke, tujuan aku ikhlas. Aku nak kawan aku tu, ketawa sampai terkencing. Takut kalau dia tak terkencing, tahan-tahan nanti kena batu karang, kan.

Lepas dah puas main dengan kawan dekat padang, lepas dah betul-betul sure kawan aku takkan kena batu karang, aku akan berlari laju-laju ke rumah. Kecik-kecik dulu, aku mana tahu jalan perlahan-lahan. Dulu kan kasut aku power.

Sampai rumah, bila lapar, atau haus, semuanya self-service. Masa tu, kalau haus, aku akan minum air Sunquick — “satu sukatan kehidupan, 9 sukatan air,” aku memang pandai bercakap dengan diri sendiri. “5 sukatan air lah,” aku letak lebih sikit pati Sunquick. Lepas tutup botol, dan setelah memastikan Umie dan Abang takde kat dapur, setelah itu jugalah aku jilat penutup Sunquick tu. Manis, ermmm.

Dan aku capai roti, keluarkan susu pekat F&N dari fridge, dan mendongak tengok milo kat atas gerobok tu (nenek dan ibu saya orang Johor, gerobok itu almari).

“Semalam dah cuba 8 bulatan susu pekat F&N atas roti, hari ni nak try zig-zag zig-zag,” masa kecik dulu, aku takda skill cakap dalam hati, jadi memang aku cakap sorang-sorang verbally. Susu pekat tu, selalu nak tunggu dia turun lambat sangat. Tin tu ada 2 lubang, Umie buat kan. Satu lubang pernafasan, untuk aku tiup kuat-kuat, satu lubang tempat dia mengalir dan jatuh ke atas roti. “Bentuk dia hari ini, zig-zag zig-zag.”

Aku ambik bangku merah, ambik sudu, capai tin milo, bukak tin milo guna belakang sudu, kalau kemek, memang aku yang selalu kena marah dengan Umie. Kalau tak kemek, tak pernah pun Umie puji aku skillful. Jadi aku tak kisah kalau kena marah lepas ni. Dari atas bangku, aku tabur milo tinggi-tinggi. “Ini resepi baru, semalam milo tu tak tinggi sangat, kot.”

Ermmm… roti milo ni best.

Tahu tak sekarang ni nilai apa yang diterap kan ke susu pekat F&N. Bukan Ola Oli lagi yang boleh aku relate kan, tapi.. Rukun Negara.

Rukun Negara?????? Aku terasa macam menyesal tak cekek kawan aku tu dulu sampai dia jumpa cahaya terang dari langit yang memangggil nama dia. Dia kot yang letak rukun negara kat tin susu pekat F&N ni, pasal dia tahu aku akan membesar dan melawan rukun yang pertama?

9 Responses leave one →
  1. November 11, 2008

    ne….apasal saya xleh masuk nuffnang nye website?
    dah berbulan2 xleh nak cek akaun/nak update akaun……….
    can you tell me why darl?

  2. fielding permalink
    November 12, 2008

    bukan sep sep sep,tom tom tom ke?

    childhood stories the best man…

    =)

  3. November 12, 2008

    Hey you still remember the song! Me, Ana and Naim talked about it after lunch today and couldn’t figure out the complete verse. Thanks for reminding us about it. And you should write down all the folk songs you can still remember so at least we know it won’t disappear terus :)

  4. November 12, 2008

    cieir : sumpah tak tahu kenapa. error login ke? password salah? hati tak berkenan? sila ke technical support

    fielding : ada banyak regional variations nya. sep sep sep tom tom tom, sep sep sep bom bom bom, sep sep sep mi mi mi. ikut tempat mana main. my father from utara, my mom from selatan, i membesar dekat tengah2, klang valley. so yeah, dari kecik memang banyak jumpa kawan dari lots of places.

    Jannah Raffali : of course i remember it! huhuhu

  5. November 12, 2008

    *salah taip nama sendiri*

    boleh masuk
    lepas masuk ada this survey.isi2 aja,submit kuar error msg kata `zero reply` ke ape….
    why eh?

  6. November 12, 2008

    oh, that means

    1) u kena complete the survey dengan penuh teliti. ikat kepala dengan kain putih atau pakai topi berfikir.

    kalau ada masalah, takde kain putih ke, takde topi berfikir ke, sila ke technical support ye. Dorang dapat gaji selesaikan masalah yang macam ni la.

    kthnxbye

    =)

  7. Ebb permalink
    November 14, 2008

    mcm kenal itu tin….

  8. November 14, 2008

    F&N kat dalam fridge kat rumah la, lol.

  9. January 2, 2009

    eh, kenapa ko cakap ko melawan prinsip yang pertama? sorrylah. tiba2 jer tego tak bagi salam..

    hehe.. salam perkenalan.

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS