Di rimba kaca, konkrit dan elevators, tingkat 12B membawa aku ke taman yang berselerak dengan kasut hitam dan tumit tinggi, bil-bil tahun semalam, dan pohon-pohon renek biru di celah buah-buahan merah yang besar dan tinggi.
“Tolong, tolong!” Sang Monyet memanggil dari interkom. “Sudah 4 hari aku tak makan, kasihani lah aku.”
“Tak boleh Monyet, kita tak boleh kasihankan aku,” aku menekan butang interkom, berfikir, dan menekan butang tadi sekali lagi. “Kamu ambillah buah apa pun yang kamu suka, kecuali dari yang 2 pohon terlarang.”
“Aku nak yang itu! Aku nak yang itu!”
“Yang mana Monyet?”
“Yang gitu-gitu.”
“Yang mana Monyet?”
“Aku tak kira, aku nak juga!”
“Monyet! Buah apa yang kau nak ni?”
Untuk bumi yang berputar 2 minit ke timur, interkom tadi sunyi seketika. Mungkin Monyet sedang makan banana sambil menghirup dari sungai tomyam, fikir aku. Entah basuh tangan ke tidak, geli lah Monyet ni! Kata Suara Hati.
“Hati, kamu resah dengan Monyet ya?” aku bertanya.
Kau psycho apa cakap dengan aku? kata Suara Hati.
Aku tumbuk rusuk dada, aku jerit ‘Ouch!’ dengan pelat yang paling British. Kemudian, aku cuba lagi. “Ouch,” masih tak menjadi. Aku gulungkan lidah, aku muncungkan bibir dan suara aku tahan di pangkal hidung, dan kali terakhir, aku menjerit, “Ouch,” and berkata “Fuh, serupa Mat Salleh. Cantik ah!”
“Hai Hikayat, apa yang kamu bisingkan tu?” bertanya Sang Kancil dari hujung sungai yang penuh dengan 13 ekor Sang Bedal.
Tingkat 12B memang jenaka rakyat. Berjalan 2 minit, sudah berjumpa dengan buaya-buaya lahap yang berjaga dalam sungai, dan tidur di atas pokok.
“Hai Sang Kancil. Suka ah tengok bulu mata kamu. Cantik macam ekor Sang Merak yang dikipas-kipas.” Aku mengipas Sang Kancil.
“Alahai kamu Hikayat. Jangan la memuji. Mari ke sini, kita main lambung tudung botol F&N nak tak?” Sang Kancil bersuara. “Kalau kamu tak busy la.” Mata Sang Kancil mengerlip-ngerlip dan seperti ada taufan pada setiap kerlipan. Sejuk anginnya boleh aku rasa dari seberang sungai.
Kuatnya bulu mata Sang Kancil ni, kata Suara Hati.
“Shhhh.. diam ah.”
“Apa dia Hikayat. Cakap kuat sikit. Kemari lah!” menjerit Sang Kancil.
“Ok. Nanti siapa kalah main lambung tudung botol kena jentik 5 kali tau!” aku menjerit di corong tangan dan akibat jeritan kuat itu, dari corong tangan di mulut aku itulah, aku bau busuk gigi yang belum diberus. Lupa nak brush your teeth la Hikayat, kata Suara Hati.
Dan aku mengatur langkah bersedia untuk menyeberang sungai. Dan kemudian bersuara, “He-hey Sang Bedal. Aku tahu kamu bijak. Cuba kamu beratur ramai-ramai dari hujung sini ke hujung sana.”
Dan kemudiannya 13 ekor Sang Bedal beratur di lebar sungai, taat pada ego. Sebab aku puji mereka bijak.
“Satu, dua, tiga, mangkuk. Jantan, betina, semua, bengkok!” Masih ada 5 perkataan dan aku perlu segera. “Sang Kancil, tolong aku. Apa sambungan lagu ni?” Jantung mula berdetik laju, kaki mula lemah bila aku di tengah-tengah sungai yang penuh dengan Sang Bedal.
Sang kancil tidak menjawab. Dunia menjadi gelap bila 13 ekor Sang Bedal merapat ke pandangan aku.
Masih gelap.
Hikayat mati, mati di baham Sang Bedal. Dan dia kekal mati. Tiada cliche pada cerita Hikayat. Dan nama aku Plot, aku menggelapkan apa yang terang, aku meneruskan apa yang mati, dan tugas utama aku, membuai jiwa kamu dalam gelora cerita Hikayat. Biar kamu ketawa pada awal cerita, biar kamu garu kepala yang tidak gatal, dan biar kamu gengam dada dan berkata “Berat, Plot, kamu berat bagai tanah dalam sana.”
“Ting!” tingkat 12C membawa aku ke taman putih yang penuh dengan bidadari dan pengebom berani mati.
“Tempat kamu bukan di sini,” kata Kamu, ketua mereka.
“Oh, saya mencari Suara Hati, rakan taulan nombor pertama saya. Rakan taulan nombor kedua saya, Hikayat, mati di baham Sang Bedal. Dimanakah mereka yang mati dengan nama selain Kamu pergi?” aku bertanya Kamu, ketua segala bidadari dan pengebom berani mati.
“Lower Ground floor,”
“Sang Monyet?”
“Tingkat 7.”
“Ok, byez.” Dua jari di angkat dan di letak di sebalah mata, tanda wold peace yang paling lala.
Elevator tadi bergerak jauh ke belakang, bila aku menoleh, kaki aku sudah di atas Zebra Crossing dan Zebra Crossing ini menilai apa yang di lukis malaikat pada bahu kanan dan kiri aku.
Bahu aku penuh tattoo lukisan Hikayat — lukisan Kamu-Kamu tahun-tahun lalu di lukis di dalam gua — ketika masih takut, tunduk dan bersembunyi dari Tuhan Petir dan masih menyembah Tuhan Matahari. Hari ini, Tuhan adalah satu. Hari ini, hari yang salah untuk menyimpan tattoo lukisan Hikayat. Zebra Crossing akan membuat aku jatuh ke dalam api bawah sana jika aku meneruskan langkah. Jadi aku pejamkan mata. Dunia aku manjadi malam, gelap, dan aku perlu navigasi.
Aku masih di sini, kata Suara Hati.
“Baik lah, jumpa kamu di Lower Ground floor.” Aku melangkah dengan malam pada dalam mata, dan aku masukkan tangan ke dalam saku, mencapai button play pada iPod dan manarik earphone ke telinga.
Tarikkan langsir malam, terangkan kemenyan dan bisikkan mentera pada jasad asap,
Satu, dua, dan tiga, apa yang Kamu mahu Sayang,
Satu, dua, dan tiga, apa yang Kamu tahu Sayang,
Tiga, empat, dan lima, Sayang kami tahu siapa Kamu,
Tarikkan langsir malam, terangkan kemenyan dan bersebelah lah Kamu dengan jasad yang gelap.
Kaki kanan aku mendarat atas jasad yang keras dan tidak rata. Kaki kiri aku hampir tergelincir dan segera itu aku terangkan malam pada dalam mata.
Lower Ground floor, mereka tersenyum di depan aku. Sang Monyet sedang menunggang Sang Kancil berpusing-pusing dan di tingkat ini, Tuhan Petir menyambar interkom dan membuat panggilan palsu ke tingkat 12C dan Tuhan Matahari, Tuhan Matahari memakai shades yang paling glamour. Di tingkat ini, sedih adalah larangan dan semua nyawa ketawa gembira.
Sihir No. 1, kata Suara Hati.
Recent Comments