Skip to content

Selamat tahun baru, Tuhan dari yang Tiga.

2009 January 2
by Firdauz takes 5

And the Word became flesh and dwelt among us, and we have seen his glory, glory as of the only Son from the Father, full of grace and truth.

- John 1:14.

2 ribu tahun yang lalu, Tuhan dari yang tiga (of the triune God) telah bersatu ke dalam kulit ke merah daging, dan Dia adalah Tuhan, dan Dia juga berdiri sebagai manusia, dan Dia menyelamatkan jiwa-jiwa resah, di bumi Israel.

Dan mereka mengira dari tanggal ini. Mereka namakan tahun Anno Domini (the year of the Lord) untuk tahun-tahun selanjutnya dan Before Christ (BC) untuk tahun-tahun sebelum ia mula dikira.

Dan berpandukan matahari dan kiraan matematik, mereka layarkan hari biar setahun menjadi 365 hari, dan biar setiap 4 tahun, ia melompat ke 366 hari, dan ia berkitar dengan lengkapnya setiap 400 tahun.

Dan telah kami sambut ulang tahun Kamu dengan bungaan api di KLCC serta nyanyian jiwa di serata dunia, dan telah kami saksikan letusan cahaya pada dada syurga, pada gelap malam biar terang dengan hiburan dan khayal dalam cecair alkohol.

Seronok tahu. Hihi.

Azam masih berulang (lol, who needs a new resolution when you can actually recycle it every year, =P), masih mencari girlpren, masih mahukan world peace, masih tercari-cari girlpren yang mahukan world peace dan baik hati dan pandai ketawa besar-besaran bila aku berpura-pura serious, deep dan menyamar bijak dengan suara geram dalam kata-kata bisu yang paling suram.

Ketawa lah kamu, wahai gadis gembira 2009.

Untuk aku hanya menulis humor dan setiap humor ini adalah yang paling tragik. Paling sedih. Tsk tsk.

Oh ya, semalam hanya berehat di rumah rakan (terima kasih En. Michael, party anda sangat seronok) bertemakan “Lazy Michael New Year’s Eve Party” bermain Jenga, menonton The Dark Knight, Transformers dan music video Michael Jackson, dan dipaksa menari.

Dipaksa menari di luar beranda dengan semua orang memegang kamera yang merakam video.

=(

Gambar di curi dari Facebook Horny.

Happy New Year Everyone!

n584997531_1306994_9166

n584997531_1306997_594

n584997531_1306999_1453

n584997531_1307001_2302

n584997531_1307016_9099

n584997531_1307022_2289

n584997531_1307026_4034

n584997531_1307032_5994

5 Responses leave one →
  1. January 2, 2009

    alamak miss out aksi menari En. Firdauz ni. mana klip klip video tu?

    selamat tahun baru dengan azam berulangan.

  2. January 2, 2009

    LOL kim was out!

  3. January 3, 2009

    there’s something missing i know i just know it!

  4. Hantu permalink
    January 6, 2009

    firdauz jahat,budak nakal yeeeea

  5. January 6, 2009

    Myhorng : video takda. hoho. selamat tahun baru juga horny!

    KY : Yeah la! damn stupid one kim kim. =p

    Chriso : always. i dowan blog everything, later no secrets how?

    Hantu : no i’m not! im a good guy ok!

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS