Maka saya, bahawasanya.

9 Nov

Untuk 3 hari di Miri bersama perempuan yang bukan teman wanita, atau teman separa wanita (saya gemar membayangkan bahawasanya, perempuan kedua tersebut seorang lelaki pemain bola), cukup untuk membuat teman wanita pertama-dan-selamanya seperti mahu mencapai pisau, dan begini katanya;

“Baby, I love you.” Kata teman wanita pertama-dan-selamanya dalam tulisannya dari Kuala Lumpur, yang dihantar ke Miri. Sedikit geram, mungkin.

Seperti biasa, sedikit penipuan (oh, semua lelaki menipu. Dan semua perempuan tahu lelaki memang penipu. Ditipu dan menipu itu roda kebahagian, kata si penipu) di lontar pada ayat begini;

“Me too Baby. I wanna go home. Miss you so much.”

Kemudianya, Si Penipu (mungkin juga si penulis) berlari-lari di pantai Piasau, dan kemudiannya bermain buaian di celah pohon-pohon tinggi dipayung langit terang, dia ketawa. Tidak lama ketawanya, dia mencapai telefon bimbit dari dasar saku dan dibacanya tulisannya begini;

“Betul? Tak baik kata miss kat i kalau tipu-tipu. Nanti Willy you jadi pendik.”

Life is difficult.

2 Responses to “Maka saya, bahawasanya.”

  1. A 09. Nov, 2009 at 9:25 pm #

    Haha.Everyone lies – but you seem to be the best at it.

  2. Firdauz takes 5 15. Nov, 2009 at 9:56 am #

    =(

Leave a Reply