1Malaysia.
Malam itu, semua orang mabuk. Yang paling mabuk, mungkin aku. Mungkin juga Carol, mungkin juga kekasih selamanya, Timothy. Aku, terlalu mabuk untuk tentukan siapa yang paling mabuk. Yang pastinya, tak mungkin tiada yang mabuk, sebab kami minum arak sambil mengaitkan semua haruf — dari A sampai ke Z — dengan seks, dan menjerit-jerit meluahkan marah yang terpendam pada orang yang sebenarnya kami peduli, dan mungkin juga sayang, jika kami tidak cukup mabuk.
Sebelum kami cukup mabuk, David memulakan teka-tekinya, “What do you call Transformers’ mother and father?”
Lamanya seperti bertahun, rasanya seperti berzaman-zaman, semua orang masih berdiam. Soalan ini tidak lazim. Soalan begini, memang susah. Sebab Transformers, lazimnya, — seperti yang aku tonton di kaca television sewaktu kecil dahulu — tidak menyambut Hari Bapa, tidak menyambut Hari Ibu, mahupun Hari Guru walau dipaksa sekalipun. Transformers tidak makan, tidak minum, tidak kesekolah. Kerja mereka hanya satu : perang dan bunuh sesama sendiri. Cerita begini, memang sesuai untuk kanak-kanak riang waktu dahulu. Sekarang, kanak-kanak manic diajar menjadi penyayang. Dunia memang gila.
Setalah lama semua berdiam, David bersuara, “You know what they call them?” Semua mata menunggu jawapan. “You call Transformers’ mother and father, Transparent.”
Jadi aku cadangkan, kalau Transparent ini datang ke Malaysia, dan beranak-pinak, dan mahukan hak bumiputra, kita panggilkan sahaja mereka ini Transnational.

terima kasih kerana ajak malam tu, tapi lepas blogathon i dah pancit sepenuh penuhnya
see, i always remember you! i baik kan =)
don’t forget to invite me for christmas party yeah, hehe