Ironinya, saya bukan seorang muslim atau seorang yang beragama untuk menulis topik ini. Tetapi saya terpanggil untuk menjawab, dan mungkin agak sedikit terlambat.
Saya ditanya (didalam blog milik seorang gadis Malaysia yang belajar di luar negara) oleh rakannya;
“So by not believing in existence of God(Allah the Almighty), how did u explain the creation of the world rite now..Or may be u have the same idea with Charles Darwin..the theory of evolution.. Trust me the theory doesnt make sense..the idea about how human evolved from ape is unrealistic.. coz nowadays ape is still ape..y dont they evolve..even Darwin cant answer for sure.. that is y Theory of creation made more sense..and the creator, Allah the Almighty..:) Renung2 kn lah.. ”
Niat beliau, mungkin untuk menyedarkan saya (yang mungkin pada pandangan beliau, sudah jauh terpesong). Dan jika benar itu niat beliau, saya rasa, ia satu niat yang baik.
Mungkin beliau berniat baik, tapi persoalannya, apa yang perlu disedarkan? Bahawa teori evolusi itu bercanggah dengan agama Islam? Bahawa teori evolusi tidak realistik?
Sejak bila pula Islam yang dibawa Muhammad menyentuh teori evolusi dan sekaligus menyangkalnya? Dan sejak bila pula teori evolusi itu salah? Mutasi genetik tidak berlaku? DNA tidak wujud? RNA cuma bayangan saintis? Virus H1N1 hari ini sama sahaja genetiknya dengan virus influenza 400 ribu tahun dahulu? Tunggu, virus H1N1 tidak wujud?
Manusia bebas dari kecacatan dan mutasi genetik kerana kita dalahirkan di syurga dan bebas dari berevolusi?
Mari ke syurga dengan menolak sains biologi?
Islam yang dibawa Muhammad, cuma menyebut penciptaan manusia dari tanah liat. Tidak diceritakan dengan terperinci bagaimana prosesnya dari tanah itu jika ada di ambil atom karbonnya, dan dibentuk kompaun organik dari atom karbon tersebut bersama atom hidrogen dan atom hidrogen dari tanah. Tidak dicerita terperinci pemprosesan penciptaan manusia.
Tidak dicerita, tidak bermaksud Islam itu bertentangan dengan sains.
Tidak percaya tuhan, tidak bermaksud sewenang-wenangnya memilih sains.
Sains bukan pilihan kedua sesudah agama. Sains atau Agama? Agama atau Sains? Pilih satu sahaja! Agama dan sains, boleh diseiringkan, tidak perlu dipilih salah satu. Boleh beragama, boleh menjadi saintis. Boleh tidak beragama, dan tidak menjadi saintis.
Boleh tidak beragama atau beragama, dan mendalami ilmu agama, dan mendalami ilmu sains.
Sains itu penemuan ilmu. Agama itu bimbingan rohani, untuk mereka yang menerimanya. Kalau ada dalam Al-Quran diceritakan kejadian manusia, disini salah satu ayatnya;
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi.
- Ar-Ruum 30:20 (juga diceritakan dalam surah Al-Hajj 22:5, Al-Mu’minuun 23:12, As-Sajdah 32:7, Al-Rahmaan 55:14)
Semua ayat diatas mengatakan manusia (lembaga adam) dijadikan dari tanah liat. Jika saya jadikan topik ini untuk membincangkan kenapa tiada dokongan sains dalam penciptaan manusia dari tanah liat, secara jujurnya, sudah lama saya katakan secara saintifiknya, manusia datangnya bukan dari tanah liat. Secara saintifiknya, manusia datangnya dari proses evolusi sel tunggal ke sel pelbagai. Yang ini ada sokongan sainsnya. Bukan sedikit sokongannya, dari penemuan fosil ke penemuan penempatan, tulisan, penggunaan dan alatan, tamadun dan bahasa, dan segala yang dari yang purba ke yang moden, mendokong sains dan pensejarahan manusia.
Dokongan sains, adalah fakta yang boleh di uji dan diramal keputusannya. Boleh di ambil tulang ikan atau dinosaur atau primat di musium atau di dalam almari — jika ada –, dan diperiksa tarikh karbonnya dan di ulang prosesnya. Terus dan terang. Dokongan mereka yang beragama Islam, adalah iman. Duduknya di dalam rohani, amalannya, masih terus dan terang. Keputusannya, sukar diramal. Mungkin terus masuk ke syurga, mungkin disiksa dahulu di neraka.
Secara jujurnya, berterus terang saya katakan saya tidak beriman. Saya menolak kejadian manusia dari tanah liat. Saya menolak ajaran Islam yang dibawa Muhammad. Dalam Islam, setalah saya mati, saya terus ke neraka. Terus dan terang. Senang diramal. Dan disini bezanya;
Mereka yang beriman, percaya tanpa ada ragu sedikit pun, bahawa Allah itu maha pencipta dan maha mengetahui. Ia tahu apa yang tidak diketahui. Ia tahu bagimana untuk menjadikan manusia dari tanah liat, tanpa perlunya dokongan sains, ia mencipta tanpa perlu mengikut hukum fizik atau biologi atau kimia.
Allah tahu — apa yang Firdauz tidak tahu. Allah tahu, matinya saya nanti, di letak dimana. Letak dalam almari — jika ada –, bakar sampai berapi-api dalam neraka, letak dalam musium depan syurga, Allah tahu, menurut Islam, apa yang saya tidak tahu.
Tidak salah untuk beriman dan menerima sains biologi, evolusi terutamanya. Untuk mereka yang benar-benar beriman, tahu bahawa Islam tidak bercanggah dengan sains mahupun evolusi kerana Allah itu maha mengetahui. Di sini peluang untuk belajar sains tanpa perlu menolak Islam.
Jadi teorinya — setelah panjang bercerita — manusia datangnya dari beruk besar yang jalannya bongkok? Bukan dari tanah liat?
Mencabar, memang benar mencabar iman, bukan? Menolak sains biologi lebih mudah, bukan?
Believe what you want. But if you’re a true muslim, so what if you don’t have any scientific evidence to support the Quranic claims? To please an agnostic and a cynic like me? Don’t.
Recent Comments