Islam dan Teori Evolusi.
6 Feb
Ironinya, saya bukan seorang muslim atau seorang yang beragama untuk menulis topik ini. Tetapi saya terpanggil untuk menjawab, dan mungkin agak sedikit terlambat.
Saya ditanya (didalam blog milik seorang gadis Malaysia yang belajar di luar negara) oleh rakannya;
“So by not believing in existence of God(Allah the Almighty), how did u explain the creation of the world rite now..Or may be u have the same idea with Charles Darwin..the theory of evolution.. Trust me the theory doesnt make sense..the idea about how human evolved from ape is unrealistic.. coz nowadays ape is still ape..y dont they evolve..even Darwin cant answer for sure.. that is y Theory of creation made more sense..and the creator, Allah the Almighty..:) Renung2 kn lah.. ”
Niat beliau, mungkin untuk menyedarkan saya (yang mungkin pada pandangan beliau, sudah jauh terpesong). Dan jika benar itu niat beliau, saya rasa, ia satu niat yang baik.
Mungkin beliau berniat baik, tapi persoalannya, apa yang perlu disedarkan? Bahawa teori evolusi itu bercanggah dengan agama Islam? Bahawa teori evolusi tidak realistik?
Sejak bila pula Islam yang dibawa Muhammad menyentuh teori evolusi dan sekaligus menyangkalnya? Dan sejak bila pula teori evolusi itu salah? Mutasi genetik tidak berlaku? DNA tidak wujud? RNA cuma bayangan saintis? Virus H1N1 hari ini sama sahaja genetiknya dengan virus influenza 400 ribu tahun dahulu? Tunggu, virus H1N1 tidak wujud?
Manusia bebas dari kecacatan dan mutasi genetik kerana kita dalahirkan di syurga dan bebas dari berevolusi?
Mari ke syurga dengan menolak sains biologi?
Islam yang dibawa Muhammad, cuma menyebut penciptaan manusia dari tanah liat. Tidak diceritakan dengan terperinci bagaimana prosesnya dari tanah itu jika ada di ambil atom karbonnya, dan dibentuk kompaun organik dari atom karbon tersebut bersama atom hidrogen dan atom hidrogen dari tanah. Tidak dicerita terperinci pemprosesan penciptaan manusia.
Tidak dicerita, tidak bermaksud Islam itu bertentangan dengan sains.
Tidak percaya tuhan, tidak bermaksud sewenang-wenangnya memilih sains.
Sains bukan pilihan kedua sesudah agama. Sains atau Agama? Agama atau Sains? Pilih satu sahaja! Agama dan sains, boleh diseiringkan, tidak perlu dipilih salah satu. Boleh beragama, boleh menjadi saintis. Boleh tidak beragama, dan tidak menjadi saintis.
Boleh tidak beragama atau beragama, dan mendalami ilmu agama, dan mendalami ilmu sains.
Sains itu penemuan ilmu. Agama itu bimbingan rohani, untuk mereka yang menerimanya. Kalau ada dalam Al-Quran diceritakan kejadian manusia, disini salah satu ayatnya;
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi.
- Ar-Ruum 30:20 (juga diceritakan dalam surah Al-Hajj 22:5, Al-Mu’minuun 23:12, As-Sajdah 32:7, Al-Rahmaan 55:14)
Semua ayat diatas mengatakan manusia (lembaga adam) dijadikan dari tanah liat. Jika saya jadikan topik ini untuk membincangkan kenapa tiada dokongan sains dalam penciptaan manusia dari tanah liat, secara jujurnya, sudah lama saya katakan secara saintifiknya, manusia datangnya bukan dari tanah liat. Secara saintifiknya, manusia datangnya dari proses evolusi sel tunggal ke sel pelbagai. Yang ini ada sokongan sainsnya. Bukan sedikit sokongannya, dari penemuan fosil ke penemuan penempatan, tulisan, penggunaan dan alatan, tamadun dan bahasa, dan segala yang dari yang purba ke yang moden, mendokong sains dan pensejarahan manusia.
Dokongan sains, adalah fakta yang boleh di uji dan diramal keputusannya. Boleh di ambil tulang ikan atau dinosaur atau primat di musium atau di dalam almari — jika ada –, dan diperiksa tarikh karbonnya dan di ulang prosesnya. Terus dan terang. Dokongan mereka yang beragama Islam, adalah iman. Duduknya di dalam rohani, amalannya, masih terus dan terang. Keputusannya, sukar diramal. Mungkin terus masuk ke syurga, mungkin disiksa dahulu di neraka.
Secara jujurnya, berterus terang saya katakan saya tidak beriman. Saya menolak kejadian manusia dari tanah liat. Saya menolak ajaran Islam yang dibawa Muhammad. Dalam Islam, setalah saya mati, saya terus ke neraka. Terus dan terang. Senang diramal. Dan disini bezanya;
Mereka yang beriman, percaya tanpa ada ragu sedikit pun, bahawa Allah itu maha pencipta dan maha mengetahui. Ia tahu apa yang tidak diketahui. Ia tahu bagimana untuk menjadikan manusia dari tanah liat, tanpa perlunya dokongan sains, ia mencipta tanpa perlu mengikut hukum fizik atau biologi atau kimia.
Allah tahu — apa yang Firdauz tidak tahu. Allah tahu, matinya saya nanti, di letak dimana. Letak dalam almari — jika ada –, bakar sampai berapi-api dalam neraka, letak dalam musium depan syurga, Allah tahu, menurut Islam, apa yang saya tidak tahu.
Tidak salah untuk beriman dan menerima sains biologi, evolusi terutamanya. Untuk mereka yang benar-benar beriman, tahu bahawa Islam tidak bercanggah dengan sains mahupun evolusi kerana Allah itu maha mengetahui. Di sini peluang untuk belajar sains tanpa perlu menolak Islam.
Jadi teorinya — setelah panjang bercerita — manusia datangnya dari beruk besar yang jalannya bongkok? Bukan dari tanah liat?
Mencabar, memang benar mencabar iman, bukan? Menolak sains biologi lebih mudah, bukan?
Believe what you want. But if you’re a true muslim, so what if you don’t have any scientific evidence to support the Quranic claims? To please an agnostic and a cynic like me? Don’t.


bagi aku, Agama n Sains tidak boleh dicampur bersama… Agama aliran berlainan dgn Sains… ape yg aku lihat, bila seseorg itu mempercayai n mengamalkan Agama, susah untuk dia mempecayai Sains… begitu juga sebaliknya… itu pendapat aku….
saya andaikan, kamu seorang seorang muslim.
dan sebagai seorang muslim, kalau iman kamu diuji dengan fakta sains yang acap kali konflik dengan kepercayaan kamu, adakah lebih mudah untuk kamu menolak sains?
tidak mahu mencuba mencari jawapan untuk menyelesaikan konflik iman dan sains?
menolak dan memilih hanya salah satu memang mudah bukan.
dan disini cabarannya untuk orang muslims. untuk menyelesaikan konflik. peluangnya dibuka oleh islam. islam tidak melarang sains. di dalam quran, tidak dilarang untuk belajar sains biologi dan teori evolusi pada peringkat molekul mahupun organisma.
menolak teori evolusi dan sains bermakna kita menolak fakulti individu untuk bersebab-muasabab, untuk memahami perkara-perkara abstrak dan akademik.
sebab teori evolusi dalam biologi, asasnya kukuh. teori itu bukan direka-reka tanpa apa-apa sokongan saintifik. walhal, sokongannya besar.
evolusi menerangkan mutasi pada peringkat genetik. ia membuka pintu ilmu pada aplikasi-aplikasi yang lebih besar. pada ilmu perubatan, pada biologi molekular, pada DNA terutamanya.
Pada mencipta ubat dan memahami penyakit-penyakit yang melibatkan virus terutamanya.
Jadi meiji, kalau iman kamu diuji — dan ini datangnya dari saya yang tidak beriman dan tidak bertuhan, ironinya — maka lebih indah dan lebih bermakna, pada pendapat saya, untuk kamu cuba mencari jawapan, dari menolak sains mentah mentah.
setuju dengan pendapat kamu…. dan disini berlakunya konflik apabila seorg saintis Islam ingin memahami cabang2 sains… terutama yang dlm bidang Biologi mereka takut ingin bersetuju dengan fakta2 or teori seperti teori evolusi Darwin… yang bercanggah dengan akidah mereka… bagi mereka apabila mereka setuju dengan Fakta2 atau teori itu maka akidah mereka akan terpesong…
bagi aku, dgn yang iman yang nipis or jahil… tiada masalah untuk menyokong or mengkaji teori2 tersebut tanpa rasa salah keatas agama aku…
dan aku rasa dan pada pendapat aku dan mungkin sebilangan kecil, sainstis yang berpegang pada agama (maksud aku bukan saja islam) susah untuk berjaya…
dari waktu aku study sampai sekarang aku kerja tiada yg aku kenal sainstis yang kuat pegangan agamanya berjaya…
p.s aku Researcher gak tp dlm bidang Geologi
anyway… Love Reading your blog…. keep it up….
perlu ke either or? =D
i dunno man! =D
Jika kamu menghayati kandungan Al-Quran dengan betul, kamu akan mendapati perbahasan berkaitan peringkat kejadian manusia dalam rahim telah dijelaskan di dalam Al-Quran dengan terperinci. Dalam surah az-Zumar ayat 6:
“Dia menjadikan kamu dalam rahim ibu kamu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan”
Tiga kegelapan yang disebut mungkin merujuk kepada dinding anterior abdomen, dinding uterus dan dinding amniochorionic.
Dalam surah al-Mu’minun ayat 13, titisan atau nutfa dimaksudkan sebagai sperma atau spermatozoa, tetapi tafsir yang lebih bermakna ialah zigot yang menempel pada dinding uterus. Tafsiran ini diperkuatkan lagi dengan ayat al-Quran “manusia dijadikan daripada titisan yang bercampur”.
“Dan kami jadikan air mani tersebut segumpal darah”
Pernyataan dalam surah al-Mu’minun : 14, perkataan “alaqah” merujuk kepada pacat. Perkataan ini merupakan perkataan yang sesuai untuk menggambarkan bentuk embrio manusia.
“lalu alaqah tersebut kami jadikan mudghah”
Kenyataan ini juga terdapat dalam surah al-Mu’minun: 14. Perkataan arab bagi “mudghah” bermaksud bahan yang dikunyah. Jika dilihat pada embrio manusia pada akhir minggu yang ke-4, seakan-akan daging yang offlesh. Bentuk seperti kunyahan adalah disebabkan oleh somites yang menyerupai bekas gigitan gigi. Somites merupakan permulaan atau primodia tulang belakang atau vertebrae.
“dan dari mudghah itu Kami jadikan tulang dan tulang tersebut Kami bungkus dengan daging”.
Sambungan surah al-Mu’minun ayat 14 menunujukkan bahawa daripada benda yang dikunyah tersebut terbentuknya tulang. Ini sebenarnya selaras dengan perkembangan embriologi. Mulanya terbentuknya tulang rawandan kemudian otot terbentuk daripadanya mesoderma somatik.
“kemudian Kami jadikan makhluk (yang berbentuk) lain”
Pernyataan dalam ayat yang sama menunjukkan bahawa tulang dan otot melahirkan makhluk yang lain. Ini mungkin merujuk kepada embrio berbentuk manusia. Pada masa ini sifat khusus manusia dan mempunyai semua bakal organ dalaman dan luaran.
“Dia menjadikan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati”.
Surah as-Sajadah ayat 9 menunjukkan bahawa organ deria tertentu seperti organ pendengaran, penglihatan dan perasaan terbentuk. Alat pendengaran terbentuk sebelumnya terbentuknya alat penglihatan dan otak(tempat penakulan).
“Dan bahawasanya Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan laki-laki dan perempuan dari air mani, apbila ia dipancarkan”.
(An-Najm : 45)
Dalam ayat yang disebut di atas, Allah menyatakan bahawa jantina bayi ditentukan oleh titisan yang dipancarkan. Air mani lelaki sahaja yang diketahui sebagai air yang dipancarkan.
Apa kamu ingat Al-Quran menyatakan manusia dijadikan dari tanah dan ia berhenti di situ sahaja? Islam tidak pernah memisahkan dirinya daripada ilmu sains tetapi sebaliknya kedua-dua itu seiring kerana kedua-duanya datang dari Allah.
Subahanallah.
hi Leila
artikel yang kamu bagi ni, selalu saya jumpa di blog lain. copy and paste?
tiada apa yang saintifik tentang al quran. al quran bukan teks saintifik.
kalau di saintifikkan, pada contoh ayat ini ;
- Al Mu’minun 23: 12-14
Maka sains al quran itu bercelaru.
Air benih jadi darah beku? darah beku jadi daging? daging jadi tulang? tulang balut dengan daging?
Embriologi di dalam sains bermula dengan persenyawaan telur oleh sperm. proses berikutnya melibatkan pembahagian sel dan celllular differentiation dalam pembentukan embrio.
tiada darah beku disini. tidak pernah melibatkan darah beku. dan darah beku, tidak boleh jadi daging.
darah di dalam embrio mula terbentuk pada minggu kedua. dan jika darah tadi setelah minggu kedua ia beku, ia hanya beku, ia tidak bertukar menjadi daging dan menjadi manusia.
yang tebentuk dahulu, embrio. bukan darah beku.
embrio mempunyai tangan, kaki dan berupa hampir lengkap sebelum tulang terbentuk.
walhal tulang tidak terbentuk dahulu sebelum embrio mencapai umur 5 minggu (rujukan teks sains embryology)
quran bukan teks saintifik. ia tidak boleh dirujuk untuk mana mana cabang sains.
tidak salah untuk kamu percaya al quran dan menjadikannya bimbingan rohani. tapi dengan mengatakannya ianya saintifik, itu tidak benar.
ai firdauz..nama kmu cntik bangat,,kalau firdaus, bermaksud slah stu drpd nm syurga.. tp kmu bleh titipi web dbwh ini utk ktrgn yg lbh LANJUT K.:http://permai1.tripod.com/4.html
http://falsafahkejadianman.blogspot.com/
http://munawwarah.blogdrive.com/archive/39.html
http://memancar.blogspot.com/2009/02/konsepsi-manusia-dalam-tradisi-islam.html
Hi Janakiuty91
nama kamu pun cantik juga
sebab kamu bagi byk sangat links, saya pun nak bagi juga
- At-Taariq (86: 6-8) , (Bahasa, English)
Air mani dari tulang sulbi dan tulang dada?
sebab kamu bagi byk sgt links, yang ini bonus untuk kamu
http://www.youtube.com/watch?v=Hi1YGKFUQIg
Beautifully written. Now the question is.. creation or evolution? I think we need not to choose, I think we should believe whatever is revealed to us. Takkan nak caye membuta-babi (membabi-buta or whatever) kat bende kite tak paham ye dok? Logik apakah itu?
‘Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya’ Al-Isra’ verse 36.
Kalau baca Al-Quran in arabic, do you even understand the words? If you do good for you, if you don’t, don’t you think you’re going against the verse above? Do you really think just by citing holy verses without knowing a hoot about the meaning will somehow make you holy? Some believe in magical mythical power like that, some may even be super fast learners tak payah belajar bahasa arab they just “click” with the verses…so really, go ahead if it works for you. After all everything is about faith pun, the body feels what the mind believes, placebo effect? Knock knock?
But masalah disini that doesn’t work well on us, for some of us yang ada questions more than answers ni, kena la keep on looking kan, no we won’t settle for “Terima je lah dah memang macam tu!”. Therefore, seek knowledge, tak paham tanya, tak tahu siasat. Knowledge is a quest, and to Firdauz I just want to say: don’t stop believing (Journey’s style)…
=)
Salam semua, saya tertarik ingin memberi sedikit komentar pada artikel saudara firdaus take 5. Pada pendapat saya sains mestilah seiring dengan agama. Saya merupakan guru sains di sekolah. Teori Darwin seperti yang diterangkan hanyalah merupakan teori semata-mata. Manusia berasal dari beruk hanya teori Darwin sahaja bukannya fakta. Kenapa kita manusia mahu membanggakan kita berasal dari beruk.Jika kita manusia berasal dari beruk kenapa beruk yang ada tidak sebijak manusia. Sepatutnya jika kita fikirkan dari segi logik. Sepatutnya beruk lebih bijak dan pandai dari manusia jika kita menyokong teori darwin.
Saya juga menyokong teori evolusi. Manusia berevolusi dengan wujudnya manusia yang pelbagai kaum dan bangsa di muka bumi ini. Bukannya berevolusi dari beruk jadi manusia.
Dalam teori Sains tidak menjadi kesalahan atau berdosa seseorang itu jika ia menolak sesuatu teori sains. Tapi sebagai seorang Islam adalah berdosa dan terpesong akidahnya jika tidak percaya dengan apa yang terdapat dalam al-Quran.
Saya sungguh kasihan melihat manusia yang diberikan Tuhan akal, bijak dan pandai boleh berfikir yang menyokong teori darwin yang mengatakan manusia berasal dari beruk.
Cuba kamu katakan di kalayak ramai. “Saya berasal dari beruk” saya rasa anda akan ditertawakan oleh semua orang yang mendengar penyataan kamu.Dan kamu akan dikatakan orang sebagai orang gila. Kalau tak percaya cubalah… buktikan teori darwin kamu benar. Tiada manusia yang akan mengaku dia berasal dari beruk melainkan beruk sahaja.
interesting issue :)
note that, manusia ni diciptakan sebagai makhluk yang hebat tetapi..hebat macam mana pun kita..kita ada limitation. dengan kata lain, daya fikir kita tak sampai ke tahap boleh tahu semua pasal penciptaan. yes, kita boleh kaji melalui sains..tapi kaji la sedalam mana pun, mesti takkan dapat jawapan yang sangat pasti sebab kita dicipta dengan had yang tersendiri. kira Allah dah cipta kita untuk berfikir dalam ruang skop yang dah ditetapkan..tak perlu persoal kenapa ada skop untuk kita berfikir..it is subject to HIM as a creator nak bagi besar mana pun. macam kalau kita create something..kenapa kita buat benda tu ada kriteria begitu dan begini? kita akan jawab, sebab kita yang cipta! suka hati kita la nak buat macam mana pun! kan?
akal manusia dah ada limitation untuk berfikir sampai tahap mana…dan tahap yang kita tak boleh jangkau itu boleh kita tahu melalui al-Quran. mungkin ayat2 Quran mengenai pnciptaan agak mengelirukan (aka lain dari sains) tapi Quran itu sendiri guna bahasa arab tinggi dan kalau kita nak ambil direct translation memang tak boleh la.
macam sastera melayu, kadang-kadang kita tak boleh nak faham immediately. kita kena faham maksud yang tersirat sebab sastera itu sendiri banyak guna ayat tersirat.
(lebih kurang macam tu la, I pun tak reti sangat nak describe macam mana)
jadi, I tak tolak sains pun. sebab sains dan Islam seiring je :)
cuma dalam mencari jawapan saintifik…kita ada kemungkinan jumpa jawapan buntu…dan bila dah sampai tahap tu.. cuba kaji quran. mungkin akan dapat jawapan dari situ, tapi kalau jawapan dan quran tak berbunyi saintifik… itu bermaksud…itu memang ilmu Allah yang kita tak boleh nak jangkau…