Archive | bahasa RSS feed for this section

Cik Katak Scooter says hi

20 Jul

Hai adik-adik. Nama saya adalah Cik Katak Scooter. Scoot-scoot!

Cik Katak Scooter dilahirkan daripada tanah liat merah jambu-u-u.

Walaupun Cik Katak Scooter berdada leper seperti lapangan terbang terminal tambang murah, hati Cik Katak Scooter suci dan murni. Sungguh suciiiii. Sungguh murni. Mmm…

“Dude, whose milk is this?”

10 Jul

asked Shun Yau, holding a milk carton that was 4 months older than its expiry date.

“I don’t know. Probably Michelle’s.”

Because you know, Michelle’s tummy is like what and when? Permanent obesity and was expired 10 years ago?

What? Sexy is your name?

Like Mizz Nina, orang gemuk sekarang semua mengaku seksi. Mengada.

Lenganku Kental

15 Jun

“Lelaki sekarang ni,” kata perempuan-perempuan tersebut, “semuanya tak boleh diharap. Lembik macam popsicle.”

“Aah kan. Lembik, tapi sedap juga!” perempuan kedua ketawa kecil, mengekek. Entah apa yang kelakar sangat, hanya Tuhan Semenanjung yang tahu. Tuhan Borneo, kalau pengetahuan itu sampai kepadaNya, kemungkinan besar, pengetahuan itu akan diban dalam bahasa rakyat.

“Baiklah, sebelum kita mendengar lagu Korea tan tan tan shorry shorry..”

“Ah, Korea. Cair!” Balas perempuan ketiga.

“Yeah, poodle dengan kimchi memang sedap! Terbaik. Mari tangkap gambar ala-ala Korea.”

Klik. Gambar dipetik.

“Ouh, cantik la gambar ni! Lolli-lolli-lolli pop!” Entah apa yang direpekkannya, hanya Tuhan Semenanjung yang tahu.

“Ya Tuhan Semenanjung! Hebat dan gagahnya lengan kamu! Sudikah kamu menayangkannya sekali lagi? Cuma sekali! Sungguh… (tidak terkata)”

“Macam ini?”

“Oh Tuhan Semenanjung! Sungguh tidak terkata..”

(Mata besar berkaca-kaca)

Oh Tuhan Semenanjung. Aku sungguh, tidak boleh berkata apa-apa.

Seekor Monkey Siam bernama Firdy, menulis sesuka hati

28 Apr

Kesukaran hidup yang telah menimpa En. Firdy Monkey, seekor monkey siam kacukan antarabangsa, telah menghilangkan kesan pepet (lucah murahan -50 markah) rasa hidup, jiwa seekor monkey.

Lalu, kesukaran hidup dari jiwa yang kosong itu, menimbulkan sebuah akal.

“Kalau aku seekor monkey hebat bergaya, dan jika kamu monkey-monkey yang hanya tahu membaca blog gila ini, wahai saudara saudari, pari-pari dan rama-rama ungul gemilang, akan datang pada kamu suatu hari, rahsia berpungung ramping dan bayaran ansuran.” Fikirnya, sendiri.

Lalu di tonggekan punggungnya, dijelirkan lidahnya penuh gaya, di pakaikan kaca mata renang kalis air — hebat bergaya seperti kura-kura dalam perahu, pura-pura kamu tidak tahu.

Dan katakan kepada kami, siapa monkey kamu. Tidakkah kamu sedar, monkey itu benar, celana dalam monkey itu juga benar, dan kami jadikan monkey-monkey itu berpasangan, supaya ada diantara perut kamu yang berlipat lemak tebal seperti Michelle, atau berbangsa kacukan Kadazan — tinggal di atas pohon seperti Karen.

Demi masa, sesungguhnya perempuan tua itu adalah monyet kesayangan.

Perempuan tua, comel kan?

(Perempuan Tua suka di panggil Tuan Puteri Dara Jelita Meow Meow. Tanda-tanda beliau sudah mahu menopause agak ketara. Makan mee pun tak habis, idiot.)

Lelaki bongkak

26 Apr

“I baru sedar i tua,” kata si girlpren.

“I dah sedar lama dah,” kata si boipren yang bongkak, tamak haloba, perut buncit, dan comel bagai anak harimau yang masih mensusu dari buah-buahan besar yang tidak memerlukan wonderbra — penjahatan bahasa.

“Bagus la baby. Baik you cari gf yg kaya raya dan muda,”

“Memang itu pun plan i. Stop reading my mind!”

“Oh, I dah masturbate pagi tadi guna bantal you”

10 Mar

Kata Si Perempuan.

Adik adik,

9 Mar

Hari ini, Abang Misai akan memceritakan sebuah cerita dongeng. Dengar ya. Duduk lah rapat-rapat sikit dengan Abang Misai. Tapi, tak boleh raba tau!

Pada suatu hari yang asing, pada pagi sebelum tengah hari yang asing, Abang Misai telah menerima email yang berbunyi seakan-akan asing. Abang Misai tidak pasti lagi.

Benarkah email ini terlalu asing untuk diriku? Diam Abang Misai seorang diri memegang …

“Wait yeah, i read my email first.” Kata Abang Misai kepada rakan yang mahukan perhatian, dan membaca email tersebut,

Say hello to our new colleague…

Oh, jadi ada staff baru. Seronoknya! Terus, baca lagi email tersebut,

…likes reading, likes outdoor activities, hates Firdy (maybe), hates Michelle (i think so!), vegetarian, collects stamps, and used to be a flight attendant.

Oh, flight attendant. Seronoknya! Tengok gambar — hampir-hampir mengucap dan masuk ke syurga mungkin kalau mati — dan terus bertanya untuk sepenuh kepastian.

“She was a flight attendant? She was in cargo issit? DHL?”

Tiada jawapan. Melihat kepada gambar tersebut, saiznya mungkin,

“FedEx maybe?”

“Firdy, you’re so mean!” Kata feminists-feminists sepejabat.

Cerita ini dongeng semata-mata. Tiada kaitan dengan mana-mana feminist yang bersaiz obese yang bukan bernama Michelle, mahupun ketua feminist yang sangat garang yang bukan bernama Fresh.

Nama saya, Rahsia.

1 Mar

Berdasarkan kenyataan diatas, lengkapkan slogan dan alamat anda dan hantar ke 1800-200-namasayarahsia dan menangi hadiah berupa lelaki gemuk yang sedang mencuri tulang dari membuat kerja yang sepatutnya — seperti, memendekkan sesuatu yang panjang.

Islam dan Teori Evolusi.

6 Feb

Ironinya, saya bukan seorang muslim atau seorang yang beragama untuk menulis topik ini. Tetapi saya terpanggil untuk menjawab, dan mungkin agak sedikit terlambat.

Saya ditanya (didalam blog milik seorang gadis Malaysia yang belajar di luar negara) oleh rakannya;

“So by not believing in existence of God(Allah the Almighty), how did u explain the creation of the world rite now..Or may be u have the same idea with Charles Darwin..the theory of evolution.. Trust me the theory doesnt make sense..the idea about how human evolved from ape is unrealistic.. coz nowadays ape is still ape..y dont they evolve..even Darwin cant answer for sure.. that is y Theory of creation made more sense..and the creator, Allah the Almighty..:) Renung2 kn lah.. ”

Niat beliau, mungkin untuk menyedarkan saya (yang mungkin pada pandangan beliau, sudah jauh terpesong). Dan jika benar itu niat beliau, saya rasa, ia satu niat yang baik.

Mungkin beliau berniat baik, tapi persoalannya, apa yang perlu disedarkan? Bahawa teori evolusi itu bercanggah dengan agama Islam? Bahawa teori evolusi tidak realistik?

Sejak bila pula Islam yang dibawa Muhammad menyentuh teori evolusi dan sekaligus menyangkalnya? Dan sejak bila pula teori evolusi itu salah? Mutasi genetik tidak berlaku? DNA tidak wujud? RNA cuma bayangan saintis? Virus H1N1 hari ini sama sahaja genetiknya dengan virus influenza 400 ribu tahun dahulu? Tunggu, virus H1N1 tidak wujud?

Manusia bebas dari kecacatan dan mutasi genetik kerana kita dalahirkan di syurga dan bebas dari berevolusi?

Mari ke syurga dengan menolak sains biologi?

Islam yang dibawa Muhammad, cuma menyebut penciptaan manusia dari tanah liat. Tidak diceritakan dengan terperinci bagaimana prosesnya dari tanah itu jika ada di ambil atom karbonnya, dan dibentuk kompaun organik dari atom karbon tersebut bersama atom hidrogen dan atom hidrogen dari tanah. Tidak dicerita terperinci pemprosesan penciptaan manusia.

Tidak dicerita, tidak bermaksud Islam itu bertentangan dengan sains.

Tidak percaya tuhan, tidak bermaksud sewenang-wenangnya memilih sains.

Sains bukan pilihan kedua sesudah agama. Sains atau Agama? Agama atau Sains? Pilih satu sahaja! Agama dan sains, boleh diseiringkan, tidak perlu dipilih salah satu. Boleh beragama, boleh menjadi saintis. Boleh tidak beragama, dan tidak menjadi saintis.

Boleh tidak beragama atau beragama, dan mendalami ilmu agama, dan mendalami ilmu sains.

Sains itu penemuan ilmu. Agama itu bimbingan rohani, untuk mereka yang menerimanya. Kalau ada dalam Al-Quran diceritakan kejadian manusia, disini salah satu ayatnya;

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi.

- Ar-Ruum 30:20 (juga diceritakan dalam surah Al-Hajj 22:5, Al-Mu’minuun 23:12, As-Sajdah 32:7, Al-Rahmaan 55:14)

Semua ayat diatas mengatakan manusia (lembaga adam) dijadikan dari tanah liat. Jika saya jadikan topik ini untuk membincangkan kenapa tiada dokongan sains dalam penciptaan manusia dari tanah liat, secara jujurnya, sudah lama saya katakan secara saintifiknya, manusia datangnya bukan dari tanah liat. Secara saintifiknya, manusia datangnya dari proses evolusi sel tunggal ke sel pelbagai. Yang ini ada sokongan sainsnya. Bukan sedikit sokongannya, dari penemuan fosil ke penemuan penempatan, tulisan, penggunaan dan alatan, tamadun dan bahasa, dan segala yang dari yang purba ke yang moden, mendokong sains dan pensejarahan manusia.

Dokongan sains, adalah fakta yang boleh di uji dan diramal keputusannya. Boleh di ambil tulang ikan atau dinosaur atau primat di musium atau di dalam almari — jika ada –, dan diperiksa tarikh karbonnya dan di ulang prosesnya. Terus dan terang. Dokongan mereka yang beragama Islam, adalah iman. Duduknya di dalam rohani, amalannya, masih terus dan terang. Keputusannya, sukar diramal. Mungkin terus masuk ke syurga, mungkin disiksa dahulu di neraka.

Secara jujurnya, berterus terang saya katakan saya tidak beriman. Saya menolak kejadian manusia dari tanah liat. Saya menolak ajaran Islam yang dibawa Muhammad. Dalam Islam, setalah saya mati, saya terus ke neraka. Terus dan terang. Senang diramal. Dan disini bezanya;

Mereka yang beriman, percaya tanpa ada ragu sedikit pun, bahawa Allah itu maha pencipta dan maha mengetahui. Ia tahu apa yang tidak diketahui. Ia tahu bagimana untuk menjadikan manusia dari tanah liat, tanpa perlunya dokongan sains, ia mencipta tanpa perlu mengikut hukum fizik atau biologi atau kimia.

Allah tahu — apa yang Firdauz tidak tahu. Allah tahu, matinya saya nanti, di letak dimana. Letak dalam almari — jika ada –, bakar sampai berapi-api dalam neraka, letak dalam musium depan syurga, Allah tahu, menurut Islam, apa yang saya tidak tahu.

Tidak salah untuk beriman dan menerima sains biologi, evolusi terutamanya. Untuk mereka yang benar-benar beriman, tahu bahawa Islam tidak bercanggah dengan sains mahupun evolusi kerana Allah itu maha mengetahui. Di sini peluang untuk belajar sains tanpa perlu menolak Islam.

Jadi teorinya — setelah panjang bercerita — manusia datangnya dari beruk besar yang jalannya bongkok? Bukan dari tanah liat?

Mencabar, memang benar mencabar iman, bukan? Menolak sains biologi lebih mudah, bukan?

Believe what you want. But if you’re a true muslim, so what if you don’t have any scientific evidence to support the Quranic claims? To please an agnostic and a cynic like me? Don’t.

Hmmm, Makcik rasa

16 Dec

anak-anak raksasa makcik, perlukan makanan yang seimbang untuk membesar sebagai juara.

IMG_5467

Makcik bukan apa. Makcik nak tengok anak-anak raksasa makcik — ikhlas ya ni makcik cakap — menjadi pandai, bijak, bersopan-santun, handsome, cantik, pendek kata, makcik tak suka tengok anak-anak raksasa makcik nanti jadi macam Karen dan Michelle. Gemuk sangat mereka tu!

Makcik ke pekan pagi tadi. Jadi membelilah makcik segala yang perlu.

IMG_3540

IMG_3030

IMG_3031

Ada sayur, daging, tomato, ayam, arak, semuanya maksik beli ikhlas untuk anak-anak makcik.

Untuk kami, anak beranak raksasa, Makcik suka masak yang ala kadar sahaja.

IMG_2843

IMG_2847

IMG_2852

IMG_2855

IMG_2859

IMG_2860

IMG_2861

IMG_2862

Macam guacamole dan salsa tomato. Simple-simple stuff.

Surat terbuka : Kehadapan Polis Diraja Malaysia,

10 Dec

Saya, Firdauz, baru sahaja selesai diragut. Syukur, peragut itu tidak berjaya meragut bag saya yang mengandungi (1)sebuah laptop, (2)pensil tekan-tekan, (3)semua dokumen penting, (4)kerjaya, (5)cita-cita, (6) berus gigi dan (7)senaskah buku dan majalah, kerana saya pantas menarik bag tersebut. Saya cuba kejar, dan lari sekuat hati, tetapi peragut itu (mereka berdua, lelaki memandu, perempuan membonceng) bawak motor lari laju-laju! Oh, celaka. Maafkan saya kerana berkata kasar. Tetapi mereka, lelaki dan perempuan itu penjahat rempit! Maafkan saya lagi.

(more…)

1Malaysia.

18 Nov

Malam itu, semua orang mabuk. Yang paling mabuk, mungkin aku. Mungkin juga Carol, mungkin juga kekasih selamanya, Timothy. Aku, terlalu mabuk untuk tentukan siapa yang paling mabuk. Yang pastinya, tak mungkin tiada yang mabuk, sebab kami minum arak sambil mengaitkan semua haruf — dari A sampai ke Z — dengan seks, dan menjerit-jerit meluahkan marah yang terpendam pada orang yang sebenarnya kami peduli, dan mungkin juga sayang, jika kami tidak cukup mabuk.

Sebelum kami cukup mabuk, David memulakan teka-tekinya, “What do you call Transformers’ mother and father?”

Lamanya seperti bertahun, rasanya seperti berzaman-zaman, semua orang masih berdiam. Soalan ini tidak lazim. Soalan begini, memang susah. Sebab Transformers, lazimnya, — seperti yang aku tonton di kaca television sewaktu kecil dahulu — tidak menyambut Hari Bapa, tidak menyambut Hari Ibu, mahupun Hari Guru walau dipaksa sekalipun. Transformers tidak makan, tidak minum, tidak kesekolah. Kerja mereka hanya satu : perang dan bunuh sesama sendiri. Cerita begini, memang sesuai untuk kanak-kanak riang waktu dahulu. Sekarang, kanak-kanak manic diajar menjadi penyayang. Dunia memang gila.

Setalah lama semua berdiam, David bersuara, “You know what they call them?” Semua mata menunggu jawapan. “You call Transformers’ mother and father, Transparent.”

Jadi aku cadangkan, kalau Transparent ini datang ke Malaysia, dan beranak-pinak, dan mahukan hak bumiputra, kita panggilkan sahaja mereka ini Transnational.

Maka saya, bahawasanya.

9 Nov

Untuk 3 hari di Miri bersama perempuan yang bukan teman wanita, atau teman separa wanita (saya gemar membayangkan bahawasanya, perempuan kedua tersebut seorang lelaki pemain bola), cukup untuk membuat teman wanita pertama-dan-selamanya seperti mahu mencapai pisau, dan begini katanya;

“Baby, I love you.” Kata teman wanita pertama-dan-selamanya dalam tulisannya dari Kuala Lumpur, yang dihantar ke Miri. Sedikit geram, mungkin.

Seperti biasa, sedikit penipuan (oh, semua lelaki menipu. Dan semua perempuan tahu lelaki memang penipu. Ditipu dan menipu itu roda kebahagian, kata si penipu) di lontar pada ayat begini;

“Me too Baby. I wanna go home. Miss you so much.”

Kemudianya, Si Penipu (mungkin juga si penulis) berlari-lari di pantai Piasau, dan kemudiannya bermain buaian di celah pohon-pohon tinggi dipayung langit terang, dia ketawa. Tidak lama ketawanya, dia mencapai telefon bimbit dari dasar saku dan dibacanya tulisannya begini;

“Betul? Tak baik kata miss kat i kalau tipu-tipu. Nanti Willy you jadi pendik.”

Life is difficult.

Cerita bergambar : Kisah Perempuan Tua.

26 Apr

Pada suatu hari,

img_2756

di sebuah restaurant Jepun yang menyediakan makanan siapa-cepat-dia-dapat — dan makanan kalau order memang susah atau lambat betul nak dapat —, Encik Firdy yang terkenal dengan sifat sopan santunnya, dengan iklhlasnya telah berkata;

img_2755

“Perempuan Tua, saya cintakan kamu.”

img_2751

“Oh, cinta plastic kamu tu? Yang kamu katakan juga kepada seribu wanita lain tu?”

Muka Perempuan Tua ini sungguh menakutkan! jerit hati Encik Firdy. “Perempuan Tua, bukan seribu wanita la, dua rabus ribu, tahu!” dan dia menyambung, “dan kamu bukan yang terakhir!”

zoom-1

“Ooooohhhhhhhh,”

img_2758

“Kamu buat saya stressed! Kamu buat saya stressed!” jerit Encik Firdy, “berhenti buat muka yang menakutkan itu!”

zoom-2

“Oooohhhhhhh,”

img_2760

Katakutan, Encik Firdy menyorok dibawah meja. Dan kemudiannya dipujuk;

“Firdy, you want sex after this?” pujuk Perempuan Tua, “cepat makan, jangan buat perangai cute you tu.”

img_2759

“Ya, saya akan habiskan semua makanan yang di atas meja ini dengan segera!” dan kemudiannya menyambung, “Perempuan Tua, saya sayang kamu kerana kamu bukan perempuan terburuk yang penah saya jumpa.”

“Oh yeah? Ada orang lagi buruk dari I?”

“Ada. Nama dia terpaksa saya rahsiakan. Perempuan Tua, cuba kamu baca fikiran saya,” Encik Firdy menarik tangan Perempuan Tua, dan meletakkannya ke dahi Encik Firdy. “Nampak tak metal image Perempuan Muda yang jauh lagi buruk dari kamu.”

img_2697

“My Gosh, terkejut i tengok mental image you,” Perempuan Tua mengusap dadanya yang berombak ketakutan. “Siapa Perempuan Muda tersebut?!”

“Nama dia bukan Carol,” jawab Encik Firdy.zoom-3

Namanya bukan Carol, bisik hati Encik Firdy.

img_2757

“Ahh.. Perempuan Tua, mari pulang ke rumah dan membuat dosa-dosa manis.”

Dan pulanglah Perempuan Tua dan Encik Firdy ke rumah dan tamatlah cerita bergambar ini.

Suka hati tak adik-adik semua.

=P

Tidak, aku bukan abang yang terbaik.

15 Apr

Satu tahun dahulu, waktu bulan Ramadhan baru masuk hari kedua, adik lelaki aku Zaid telah memikirkan jenaka bulan mulia yang paling kelakar untuk aku, dia bertanya (sambil sedia untuk ketawakan aku):

“Abang Firdauz, jom pegi sembahyang terawih.”

Sebelum sempat dia ketawa besar-besaran, aku bertanya, “Kejap, sembahyang terawih banyak-banyak rakaat ni nak halau ape eh? Bukan semua syaitan, iblis, mat salleh, firaun, boyz to men, dah kena kurung ke?”

Oh, itu satu tahun duhulu, waktu bulan Ramadhan baru masuk hari kedua, yang ini pula minggu lalu, waktu Abang bertunang dan aku baru disatukan dengan keluarga. Sedikit pelik ok, agak janggal berjumpa semula dengan mereka setelah agak lama aku disisihkan. Sebab pemikiran ketuhanan yang berbeza, buat seketika, kami saling tidak menghubungi, sehingga lah Abang bertunang dan aku berangan di hari pertungangannya, untuk berkahwin dengan siapa-siapa je lah kamu sibuk betul kan.

Sebab tidak tahan tekanan rambut kerinting ini asyiklah dimainkan semua orang, jadi aku mencari mangsa untuk melepaskan tekanan. Oh, berjumpa adik yang paling halus — tingginya lebih sedikit dari kerusi makan, dan lebarnya halus, sehalus anak kecil darjah 5, dan dia sudah mencecah 18 tahun — tapi berperut buncit, dan kebetulan hari itu dia berjerawat.

Jadi aku berkata dalam nada seorang abang yang bukan terbaik, “Fa, kalau dah besar nanti kan, Fa tak cukup duit nak buat plastic surgery, Fa tukar roh dengan badan perempuan biasa pun takpa Fa.”

Memang aku bukan abang yang terbaik.